Tudung Bawal 3 tones...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Yes, aku memang berminat dalam bidang perniagaan, jual-menjual ni. Sejak dari sekolah rendah lagi, aku dah mula menjinak-jinakkan diri dalam bidang ni. Hoho aku pun tak tau kenapa dan macam mana minat aku boleh ke arah ni dan bidang yang aku ambil sekarang (Pentadbiran Kesihatan) berbeza dengan bidang yang aku minat ni. Cuma sejak fakulti aku di'merge'kan, aku berada di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan.

Waktu berputar dan masa berubah, tudung bawal kini kembali dengan trend sendirinya. Tak dinafikan, kalau dulu tudung bawal popular dengan batu di sekeliling tudung dan mempunyai pelbagai nama batu. Sekarang, tudung bawal tampil dengan bawal plain atau kosong sama ada 1 tone, 2 tones mahupun 3 tones. Terbaru ni, pelbagai tudung bawal yang dikeluarkan. Contohnya, bawal printed @ bawal bercorak, tudung bawal crown, tudung bawal sulam dll.

Untuk ini, secara kecil-kecilan aku nak mencuba untuk menjual tudung bawal 3 tones.  Sebabnya, tudung bawal 3 tones ni cantik pada mata aku.  Jadi aku ambil sikit untuk mencuba. Jom!!!cuci mata..

Kod 1
RM 15 sehelai
2 pcs available

Kod 2

RM 15 sehelai
3 pcs available

Kod 3
RM 15 sehelai
SOLD OUT!!!


Kod 4
RM 15 sehelai
1 pcs available



Kod 5
RM 15 sehelai
1 pcs available



Kod 6
RM 15 sehelai
1 pcs available



Kod 7
RM 15 sehelai
2 pcs available

Kod 8
RM 15 sehelai
1 pcs available

Kod 9
RM 15 sehelai
1 pcs available


Kod 10
RM 15 sehelai
1 pcs available


Kod 11
RM 15 sehelai
1 pcs available




Kod 12
RM 15 sehelai
1 pcs available



Kod 13
RM 15 sehelai
1 pcs available



Kod 14
RM 15 sehelai
1 pcs available


Kod 15
RM 15 sehelai
3 pcs available

Sesiapa yang berminat untuk beli tudung bawal 3 tones ni, boleh ke page facebook aku Anjung Tudung. Harga setiap tudung bawal 3 tones ni, tak termasuk postage fee ye. 

Untuk postage fee seperti berikut:

1-3 helai : RM 6 / RM 7 (S & S)
4-7 helai : RM 10 / RM 12 ( S & S)

Terima kasih atas sokongan anda semua!!!!


p/s: harap ramailah yg beli tudung aku jual ni :p



















Versatil Kamera Kompak...!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wooowuutt.. Tajuk entry baku gile kot!!!

Alhamdulillah.. Sehingga hari nie aku masih lagi bernyawa dan blog aku masih tak terlalu banyak sawangnya. Terima kasih atas semangat kawan aku Yespepol sebab dia lah aku tak tutup lagi blog nie. Hari tu ade jugak aku BBM dia yang aku tak nak lagi aktif berblog nie. Tapi atas nasihat dia, aku masih lagi gigih menaip entry nie walaupun aku pasti takkan ada orang baca punye. Gerenti potong kuku la!!! Ehh lupa, silalah follow blog kawan aku tu. Dia sekarang makin popular ok. Masuk suratkhabar dan cerpen dia masuk err... Sorry Epul tak ingat. Yang ingat, baca cerpen Kenangan di Puncak je. Hehe




Owhkeiy, entry ni terupdate sebab aku nak kongsi dengan korang semua pasal kamera LUMIX DMC-FH7. Mungkin ramai kat luar sana yang dah beli dan guna kamera ni. Keluaran dari tahun lepas tak silap aku masa Google tadi. Kira aku terlambatlah update pasal benda-benda ni. Hoho aku tetap nak update jugak sebab aku sangat excited owhkeiy. Hehehe







Owhkeiy, ni lah dia kamera yang aku sebut-sebutkan tu. Minggu lepas, surat khabar Utusan, 20hb Februari (sila rujuk sekarang!!), surat khabar sisipan muka surat 10 ada keluarkan pasal kamera LUMIX ni. Pertama kali aku tengok terus berminat. Wow!! lagi-lagi yang berwarna pink tu. Cantik!!! Lepas aku dah baca tu, aku pun abaikan. Nanti-nantilah aku ambil keratan tu sebab yang lain belum baca lagi surat khabar tu. Huh!! nanti punya nanti, memang aku lupa pasal nak ambil keratan tuu. 




Tetiba hari nie, terus teringat kat kamera tu sebab Melaka kan ada Jom Heboh kat MITC. Adik aku pergi PC Fair. Aku pun carilah balik surat khabar tu. Sanggup kot. Hohoho. Dah jumpa tu terus ambil gambar, MMS kat adik aku dan suruh dia survey. Dalam surat khabar kata harga RM649 tapi aku Google dalam RM530++ (tak tau second hand atau tak). Adik aku bagitau harga dia kat PC Fair RM609 free 4g + case tripod. Huhu batal niat sebab macam mahal je. 






Cantik kan kamera tu warna pink...Then aku ada jugak tanya Mr Encik pasal kamera tu nak minta pandangan kononnya. Siap hantar gambar lagi sebab terlalu excited sangat. Hoho tapi jawapan amat tidak memberangsangkan. Mr Encik kata kalau nak  compact camera, baik beli Sony. Aku tanya kenapa dan dia jawab sebab Sony bagus bila melibatkan compact camera.  Hahaha owhkeiy agak menjawab soalan di situ. Hanya pusing balik je ayat tu. Aku pun terus google "Sony Cybershot". Aku pun tak pasti sama ada kamera Sony yang aku google ni baru atau lama. Aku hentam je kot. Hahaha sebab aku langsung tak ikuti perkembangan gadjet. Hahaha. Bila tengok, bentuk dia aku tak berapa suka sebab macam tak lawa. Tengok yang warna pink, hmm bolehlah. Tapi aku tak tau harga dia berapa. Jadi, lepas dapat duit dari Yayasan, mesti kena usya ni dan cari yang terbaru punya. Hehehe harap dapatlah grab satu. Huhuhu owhkeiy doakan untuk aku semoga berjaya dapatkan!!. Buhbui.....




Bentuk tak cantik takpe JANJI gambar cantik!!!


*sumber dari Google

p/s:: lagi dua tiga minggu nak masuk sem baru. Harap aku semakin matang utk tempuh sem akhir ni. Amin..