Versatil Kamera Kompak...!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wooowuutt.. Tajuk entry baku gile kot!!!

Alhamdulillah.. Sehingga hari nie aku masih lagi bernyawa dan blog aku masih tak terlalu banyak sawangnya. Terima kasih atas semangat kawan aku Yespepol sebab dia lah aku tak tutup lagi blog nie. Hari tu ade jugak aku BBM dia yang aku tak nak lagi aktif berblog nie. Tapi atas nasihat dia, aku masih lagi gigih menaip entry nie walaupun aku pasti takkan ada orang baca punye. Gerenti potong kuku la!!! Ehh lupa, silalah follow blog kawan aku tu. Dia sekarang makin popular ok. Masuk suratkhabar dan cerpen dia masuk err... Sorry Epul tak ingat. Yang ingat, baca cerpen Kenangan di Puncak je. Hehe




Owhkeiy, entry ni terupdate sebab aku nak kongsi dengan korang semua pasal kamera LUMIX DMC-FH7. Mungkin ramai kat luar sana yang dah beli dan guna kamera ni. Keluaran dari tahun lepas tak silap aku masa Google tadi. Kira aku terlambatlah update pasal benda-benda ni. Hoho aku tetap nak update jugak sebab aku sangat excited owhkeiy. Hehehe







Owhkeiy, ni lah dia kamera yang aku sebut-sebutkan tu. Minggu lepas, surat khabar Utusan, 20hb Februari (sila rujuk sekarang!!), surat khabar sisipan muka surat 10 ada keluarkan pasal kamera LUMIX ni. Pertama kali aku tengok terus berminat. Wow!! lagi-lagi yang berwarna pink tu. Cantik!!! Lepas aku dah baca tu, aku pun abaikan. Nanti-nantilah aku ambil keratan tu sebab yang lain belum baca lagi surat khabar tu. Huh!! nanti punya nanti, memang aku lupa pasal nak ambil keratan tuu. 




Tetiba hari nie, terus teringat kat kamera tu sebab Melaka kan ada Jom Heboh kat MITC. Adik aku pergi PC Fair. Aku pun carilah balik surat khabar tu. Sanggup kot. Hohoho. Dah jumpa tu terus ambil gambar, MMS kat adik aku dan suruh dia survey. Dalam surat khabar kata harga RM649 tapi aku Google dalam RM530++ (tak tau second hand atau tak). Adik aku bagitau harga dia kat PC Fair RM609 free 4g + case tripod. Huhu batal niat sebab macam mahal je. 






Cantik kan kamera tu warna pink...Then aku ada jugak tanya Mr Encik pasal kamera tu nak minta pandangan kononnya. Siap hantar gambar lagi sebab terlalu excited sangat. Hoho tapi jawapan amat tidak memberangsangkan. Mr Encik kata kalau nak  compact camera, baik beli Sony. Aku tanya kenapa dan dia jawab sebab Sony bagus bila melibatkan compact camera.  Hahaha owhkeiy agak menjawab soalan di situ. Hanya pusing balik je ayat tu. Aku pun terus google "Sony Cybershot". Aku pun tak pasti sama ada kamera Sony yang aku google ni baru atau lama. Aku hentam je kot. Hahaha sebab aku langsung tak ikuti perkembangan gadjet. Hahaha. Bila tengok, bentuk dia aku tak berapa suka sebab macam tak lawa. Tengok yang warna pink, hmm bolehlah. Tapi aku tak tau harga dia berapa. Jadi, lepas dapat duit dari Yayasan, mesti kena usya ni dan cari yang terbaru punya. Hehehe harap dapatlah grab satu. Huhuhu owhkeiy doakan untuk aku semoga berjaya dapatkan!!. Buhbui.....




Bentuk tak cantik takpe JANJI gambar cantik!!!


*sumber dari Google

p/s:: lagi dua tiga minggu nak masuk sem baru. Harap aku semakin matang utk tempuh sem akhir ni. Amin..

Agen Topup Diperlukan!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca...

Lama rasanye tak update blog sebab 5 hari ade program dari Yayasan Bank Rakyat..
Best ke tak?? Haruslah best. Seronok kot sebab dapat jumpa kawan-kawan, dapat banyak ilmu pengetahuan dan dapat jugak menambah pengalaman.  Tak seronok sebab aku sorang je yang umur 24 tahun. Yang lain semua adik-adik.

Untuk entry kali ni, aku nak ajak sesiapa yang berminat untuk jadi agen topup. Tak kisahlah siapa pun. Lagi-lagi pelajar IPT yang duduk kolej. Kadang-kadang nak topup malam-malam kedai kat dalam kolej dah tutup. Jadi, kalau jual topup, boleh topup untuk diri sendiri kan. Aku akan terangkan serba sedikit tentang kelebihan menjadi agen topup ni.

Aku merupakan agen topup salah sebuah syarikat ataupun penyedia server topup tercanggih di Malaysia iaitu ANANA MOBILE.  Terdapat banyak kelebihan server ini. Di antaranya:
1. Sistem yang canggih. Semua modul dapat bekerja secara serentak.

2. Automatik mengalihkan transaksi ke modul yang lain dalam situasi tertentu, contohnya kehabisan stok atau salah pin.

3. Sistem keanggotaan bertingkat, jumlah level tidak terbatas.

4. Boleh menentukan harga khusus untuk anggota atau level tertentu.

5. Selisih harga downline Automatik menjadi komisen yang diproses secara realtime.

6. Jumlah terminal dan modul tidak terbatas.

7. 1 terminal boleh dihubungkan ke beberapa modul, maksudnya 1 handphone/modem boleh digunakan untuk multi function secara bersamaan. Misalnya 1 hanphone digunakan sebagai SMS Center, SMS Sender, SMS Host To Host dan M-Kios sekaligus.

8. Aplikasi mudah digunakan. Administrasi dipaparkan dalam bentuk table yang bisa di-Copy-Paste, dan sesuai keinginan.

9. Format arahan dan balasan boleh disesuaikan sesuai keperluan.

10. Disediakan beberapa format transaksi.

11. Tersedia format khusus untuk transaksi yang bebas kemasukan kredit double, digunakan jika ingin transaksi lebih dari 1 kali dalam 1 hari.

12. Pengaturan waktu transaksi double dalam satuan menit.

13. Mendukung sistem deposit hutang

14. Boleh mendaftarkan downline sendiri, termasuk aktifasi dan blok downline.

15. Boleh transfer kredit ke downline, dengan id atau nombor hp downline.

16. Boleh transaksi lebih dari 1 kali untuk produk dan nilai yang sama, hingga 255/hari.

17. Transaksi double boleh dilakukan per hari atau dengan jangka waktu (dalam menit).

18. Boleh menampilkan nama upline di setiap balasan.

19. Memblok transfer deposit dengan nilai, tujuan dan tarikh yang sama.

20. Laporan-laporan: untung-rugi, statistik penjualan produk, laporan piutang, statistik transaksi per reseller, laporan komisi per reseller. 

Selain itu, ada beberapa ciri yang dapat dibanggakan oleh server ANANA MOBILE:



Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen, boleh emailkan sebarang pertanyaan kepada aku di syaza_abrizah@yahoo.com. Pendaftaran agen serendah RM50 sahaja.

p/s:: keterangan lebih lanjut akan diberitahu di email ye..




Contest 4 - Smileeee....

Salam pembaca-pembaca sekalian!!!

Lame jugak aku tak update blog nie. Duduk rumah hati senang kot. Tak payah fikir pasal nak pergi kelas, belajar, kuiz, test, presentation. Kan? Aku duduk rumah nie asyik makan je. Malas nak update blog. Hehehe aku tengok blogger lain ade je idea nak buat entry huhu. Aku layan facebook je lah. Haa sebut pasal facebook ni aku ade sesuatu yang nak share dengan korang semue nie..

Owhkeiy...tengok title tu CONTEST 4 - SMILEEE :)

Aku ade join satu contest nie Nuraisyah's Scarf & Design page. Aku join contest nie untuk suka-suka. Selain tu, disebabkan owner page nie orang Melaka jadi aku pun cuba. Mane tau nasib aku. Tak menang tempat pertama kedua atau ketiga, dapat jadi model. Taklah jauh-jauh owner tu nak cari model kan. Hahaha perasan betul.

Jadi, aku mohon kepada semua pembaca untuk LIKE atau SUKA gambar aku..

First step:


Second step:

Like gambar aku link nie


ok ni gmbr perasan tu...

Tarikh tutup penyertaan nie 20 Februari 2012. Apa lagi pembaca-pembaca semua!!! LIKE atau SUKA gambar aku.

Kepada yang bercita-cita untuk jadi model tudung atau cuba nasib, korang masih boleh hantar gambar dekat email owner tu. Tarikh tutup pun makin dekat, jadi korang kene cecepat tau.!!! Kalau nak suruh aku like, boleh je. PM inbox fb aku. Kepada yang dah like gambar aku, aku nak ucapkan jutaan terima kasih sebab bagi kerjasama. Aku tak tau nak balas ape, cuma boleh ucapkan terima kasih kat korang semue!!!

p/s:: terima kasih yang like gambar aku. terima kasih bebanyak!!!