Cantik adalah Ujian, Bersyukur seadanya...







Fitrah manusia suka akan kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu ingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Berbalik kepada tajuk. Kacak dan cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintainance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu bersusah-payah memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos rawatan muka dan sebagainya. Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras yang menarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi teman selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

Kredit: akuislam.com

p/s:: aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan olehNya. Entry nie nasihat untuk aku..


Surprise Untuk Madam MCK Saya!!!

Assalamualaikum...




Setelah berpenat lelah, selesai jugak paper aku yang ketiga. Alhamdulillah dapatlah jugak jawab walaupun memang hentam je. Disebabkan kesihatan diri aku yang tak mengizinkan dari hari selasa ari tu, aku demam and memang aku tak study sangat pun. Mengharapkan miracle berlaku je. Hahaha


Ingat tak lagi pasal entry aku sebelum ni,Minggu Terakhir Kuliah yang aku kate nak buat surprise untuk Madam Norliza. Hahaha memang surprise terkejutlah madam.  But sorry to Epul, Syeera and Zyra sebab takde masa tu. Aku memang ajak kita 9 orang tapi Syeera and Zyra ada kat rumah masing-masing. Epul?? Emmm ade sebablah tu. Huhuhu. 






Cer tengok betapa gembiranya Madam potong kek...





Masa datang bilik Madam tu, Madam takde kat bilik dia. Nana ade mesej aku (aku ade hal dekat HEP).  Masa tu rasalah jugak kot-kotlah kitorang yang terkene surprise balikkan. Berkat kesabaran menunggu, diorang cakap kat aku, Madam Izian bagitau yang Madam jumpa Dekan. Huhu masa Madam suruh masuk bilik dia, memang kitorang berlakonlah konon-konon nak tanya pasal exam. Aku masuk bilik Madam, diikuti Anna and Bunda. Sekali Nana, Lela and Achu datang bawak kek. Memang terkejut Madam. Hehehe Owhkeiy tak nak cerita panjang- panjang sangat....





Makan time...



Gambar di atas ibarat pengantin perempuan diapit oleh jejaka dan awek yang berbaju merah. Hahaha



Kami duduk bertiga kerana kami bertiga lahir bulan Mac. Huhuhu...
P/s:: Tiada kaitan mengenai baju merah seperti di atas..




Kek kecil memandangkan bilangan kami yang juga kecil.


Then kitorang ada sesi bergambar. Terima kasih kepada lecturer kos Event Management, Miss X (err tak ingat nama) sebab tolong capture gambar kami ber 7...






Owhkeiy, tu saje yang nak dicelotehkan.  Happy belated Birthday Madam.  Maaf lambat hampir sebulan. Hehe semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Harap semoga di dalam keadaan ceria dan gembira selalu.


p/s:: Paper MCK susah. Madam bagilah markah kat kitorang lebih sikit. Hehe haraplah gred turun and markah naik nanti sebab susah. Amin...



Contest : My Picture Very Awesome by BlogBiruLangit

Assalamualaikum...

Tetibe nampak kawan-kawan blog join this contest...

Teringin jugak nak join.. Hehe

*cuba nasib lagi...



Klik banner untuk join ye kawan-kawan..

Aku nak tag 



Gambar aku yang aku paling rasa 'very awesome'...




NAH!!!!




















































































p/s:: aku tak rasa awesome pun biase-biase je...

Blog Azza berat atau ringan? Jawapannya ringan je. Laju je bukak, tak hang pun. hehehe

Buhbui...

p/s:: next paper 14hb. Rilek dulu...






Bersabarlah wahai hati...




Belajarlah untuk memaafi walau diri sering dilukai. 

Andai sudah habis bertahan, carilah peluang berterus terang. 

Teruskan perbincangan dengan aman.

Tiada kesudahan dengan berdendam. 

Kau hanya menyubur perbalahan dan tiada hati akan tenteram. 

Kehidupan hanya akan berlangsung sebentar sahaja sebelum menamatkan 

perjalanan. 

Hendak diusung ke mana kemarahan yang berapi di dalam? 

Jadilah insan penyabar yang tahan diuji celaan, hinaan dan ejekan.

Serahkan kepada Allah yang menentukan kesudahannnya 

kerana Dia Maha Adil menentukan balasan.

p/s:: tolong bagitau aku ape yang aku tak tau. Bukan susah pun. Tak nak semuka atau mengadap muka aku yang hodoh, text aku, inform. Kan senang...

Welcome 2012!!!

Salam semua...
Salam tahun baru kepada semua...
Hari ni merupakan hari pertama kita semua untuk tahun 2012...

Aku bersyukur di atas nikmat hidup yang diberi olehNya...
Aku masih lagi berkesempatan menghirup udara segar di dunia ini..
Aku masih lagi mampu untuk melihat keindahan alam ini..
Segalanya aku masih lagi...
Aku masih dalam keadaan yang sempurna yang diberikan oleh Tuhan..
Alhamdulillah aku bersyukur...

Untuk tahun baru ni, aku takde pun nak ada azam baru.  Sebab aku sentiasa baharui azam aku.  Boleh dikatakan tiap-tiap hari jugaklah. Hahaha pelik tak?





Untuk tahun ni, aku berazam untuk jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni. Tak kisahlah sebagai :

Seorang hamba kepada Allah
Aku berazam untuk sentiasa melakukan perkara yang baik dan cegah perkara yang ditegah. Dalam bahasa arab, amar makruf nahi munkar.  Sentiasa melakukan solat di awal waktu. hoho

Seorang anak kepada ibu bapa
Aku berazam untuk menjadi seorang anak yang baik. Sentiasa patuh kepada nasihat kedua ibu bapa. Mendengar nasihat yang diberikan dsb. Aku nak balas balik segala jasa mak dan abah aku yang didik aku dari kecik.


Seorang kakak kepada adik-adiknya
Aku berazam untuk menjadi seorang yang baik kepada adik-adik aku.  Menjadi contoh dan teladan kepada adik-adik aku.


Seorang adik kepada abang dan kakak-kakaknya
Aku berazam untuk menjadi seorang adik yang baik.  Kalau boleh, kalau aku dapat kerja yang baik-baik nanti, aku nak tolong kakak-kakak dan abang aku. Sebab diorang sentiasa tolong aku.

Seorang pelajar kepada pensyarah-pensyarah
Setakat ni, aku takde buat perangai dengan mana-mana pensyarah aku. Alhamdulillah. Aku pun tak nak mencemarkan nama baik sendiri. Hehehe


Seorang kawan kepada kawan-kawan
Yeah, aku nak jadi seorang kawan yang baik kepada kawan-kawan aku. Aku tak suka kawan yang bermuka-muka. Seriously! Aku pun tak suka kawan-kawan yang cakap belakang pasal aku. Bila susah terkulat-kulat cari aku. Kau bagi aku tahi aku tetap bagi bunga. Aku sayang kawan-kawan aku. Peace!!

p/s: mood study tolonglah menjelma..