Minggu Terakhir Kuliah...


Minggu ni merupakan minggu terakhir untuk sem ni.  Akhirnya setelah aku bertungkus-lumus untuk berapa bulan, minggu 'study week' pun bermula..YEAY!! memang aku rasa amat tergembiralah sangat sebab tak payah fikir pasal kuiz, test, individual assignment ataupun group project.  Cuma proposal research kumpulan aku siap lambat disebabkan aku tak tolong kawan-kawan siapkan cecepat. Hehehe kesian kat diorang.  Mesti diorang mengharapkan aku yang buat sebab aku dah amik salah satu subjek sem ni masa intersession.  Tapi aku dah siapkan juga walaupun tak seberapa.  Aku harap tak banyak salah untuk chapter 3 Research Methodology tu.  Huhu...

Gambar kat atas tu  gambar masa subjek Managing Customer Knowledge.  Masa ni ada presentation untuk group project.  Nape aku tak de dalam gambar ni??ahahahaha...air hujan mengalir dengan lebatnya.  Penat aku tahan tapi akhirnya depan lecturer aku menangis.  Markah test 2 aku rendah, tu sedih.  Huhu hoho haha.  Malu betul time tu.  Tapi terima kasih kat kawan-kawan aku yang pujuk aku.  Terima kasih juga yang tak terhingga kepada lecturer aku, Madam Norliza sebab pujuk and text aku.  Happy belated birthday madam.  Insya Allah madam, saya akan buat yang terbaik untuk final exam nanti. Ohh lupa, kalau takde apa-apa halangan, kitorang ada surprise untuk madam!!

Kepada kawan-kawan seperjuangan aku, dari part 2 sampai part 5 (OHB22B, OHB33B, OHB44B, OHB55B) aku nak ucapkan semoga korang semua berjaya untuk final exam ni dan untuk apa saje bidang yang korang ceburi.  Untuk final ni buatlah yang terbaik.  Sem depan kita semua dah praktikal.  Aku rasa sedih sebab lepas ni semua akan buat haluan masing-masing.  Dah tak jumpa macam kat kelas.  Mesti aku rindu korang semua.


ehh epul ngan achu takde..



haaa baru ada gambar diorang...

Nanti sesiapa yang nak kawen lepas praktikal tu, roger-roger same gua ok! ahahaha aku dapat agak sape yang kawen dulu.  Kira dah ada ciri-ciri ke arah perkahwinan la.  Hehe. Tettt!!! Bila ek nak wat party satu kelas?  Hurmm masa korang g mandi-manda tu, aku tak g sebab mak suruh balik.  Lagi-lagi masa tu kakak aku pun nak balik, sekaligus la balik.  Masa g makan steambot kat Kuang tu, tapi ada berapa orang yang tak g.  Hurmm tak pe.  Lepas praktikal pun boleh, masa praktikal boleh, masa convocation day pun boleh.  Aku harap dapat ambil gambar dengan korang semua masa convocation day nanti.  

Sayang korang ketat-ketat.!!!!

p/s:  minta maaf kat korang kalau aku ada buat salah selama perkenalan kite.




1 comments:

Safuraa Abdul Rashid said...

hi bi..sronok bce blog awk..sy singgah dan follow skali..gud luck for ur final..x mau sedih2 ye..