Welcome 2012!!!

Salam semua...
Salam tahun baru kepada semua...
Hari ni merupakan hari pertama kita semua untuk tahun 2012...

Aku bersyukur di atas nikmat hidup yang diberi olehNya...
Aku masih lagi berkesempatan menghirup udara segar di dunia ini..
Aku masih lagi mampu untuk melihat keindahan alam ini..
Segalanya aku masih lagi...
Aku masih dalam keadaan yang sempurna yang diberikan oleh Tuhan..
Alhamdulillah aku bersyukur...

Untuk tahun baru ni, aku takde pun nak ada azam baru.  Sebab aku sentiasa baharui azam aku.  Boleh dikatakan tiap-tiap hari jugaklah. Hahaha pelik tak?





Untuk tahun ni, aku berazam untuk jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni. Tak kisahlah sebagai :

Seorang hamba kepada Allah
Aku berazam untuk sentiasa melakukan perkara yang baik dan cegah perkara yang ditegah. Dalam bahasa arab, amar makruf nahi munkar.  Sentiasa melakukan solat di awal waktu. hoho

Seorang anak kepada ibu bapa
Aku berazam untuk menjadi seorang anak yang baik. Sentiasa patuh kepada nasihat kedua ibu bapa. Mendengar nasihat yang diberikan dsb. Aku nak balas balik segala jasa mak dan abah aku yang didik aku dari kecik.


Seorang kakak kepada adik-adiknya
Aku berazam untuk menjadi seorang yang baik kepada adik-adik aku.  Menjadi contoh dan teladan kepada adik-adik aku.


Seorang adik kepada abang dan kakak-kakaknya
Aku berazam untuk menjadi seorang adik yang baik.  Kalau boleh, kalau aku dapat kerja yang baik-baik nanti, aku nak tolong kakak-kakak dan abang aku. Sebab diorang sentiasa tolong aku.

Seorang pelajar kepada pensyarah-pensyarah
Setakat ni, aku takde buat perangai dengan mana-mana pensyarah aku. Alhamdulillah. Aku pun tak nak mencemarkan nama baik sendiri. Hehehe


Seorang kawan kepada kawan-kawan
Yeah, aku nak jadi seorang kawan yang baik kepada kawan-kawan aku. Aku tak suka kawan yang bermuka-muka. Seriously! Aku pun tak suka kawan-kawan yang cakap belakang pasal aku. Bila susah terkulat-kulat cari aku. Kau bagi aku tahi aku tetap bagi bunga. Aku sayang kawan-kawan aku. Peace!!

p/s: mood study tolonglah menjelma..




2 comments:

ekmal said...

gle ar gambar cantik...pe2 pn slmt thn baru :)

Schaza Abieyza said...

ekmal:: hehehehe edit memg la..slmt thn br jugk mal...