Cantik adalah Ujian, Bersyukur seadanya...







Fitrah manusia suka akan kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu ingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.
Berbalik kepada tajuk. Kacak dan cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintainance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu bersusah-payah memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos rawatan muka dan sebagainya. Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras yang menarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi teman selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

Kredit: akuislam.com

p/s:: aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan olehNya. Entry nie nasihat untuk aku..


2 comments:

Anonymous said...

suke entry nih.. CAntik luar saje xcukup.. cantik;ah dalam sekali.. =)

Schaza Abieyza said...

:) yup...cantik luar cantik dlm..cantik dgr sini..huhu